Sistem e-Pentaksiran Geografi Malaysia

APLIKASI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI E-Geog Pentaksiran

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah kaedah pentaksiran yang perlu dilakukan oleh guru terhadap setiap murid sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi E-Geog Pentaksiran bagi mata pelajaran geografi menengah rendah (Tingkatan 1 - Tingkatan 3) digunakan untuk membantu guru melakukan PBD secara atas talian. Aktiviti PBD yang disediakan adalah mengikut topik dalam DSKP Geografi. Aktiviti yang disediakan akan disertakan rubrik bagi memudahkan guru melakukan pentaksiran semasa PdP geografi.

Tujuan jelas PBD adalah untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka. Pelbagai bentuk pentaksiran berbentuk formatif boleh dilakukan oleh guru. Sebagai contoh melalui soal jawab, kuiz, permainan, pembentangan bergambar, peta minda, pidato, sajak, syair dan sebagainya. Melalui perancangan yang baik, pentaksiran yang dilaksanakan itu perlu dinilai dengan kaedah yang teratur dan rubrik yang baik. Aplikasi E-Geog Pentaksiran ini dapat membantu guru melakukan pentaksiran dengan lebih mudah dan perekodan secara atas talian akan memudahkan guru memantau kemajuan murid bagi setiap topik yang telah diajar.